Search This Blog

Monday, 27 May 2013

Persahabatan

Assalamualaikum dan selamat malam.
Hmm hari nie saya nak tulis mengenai apa erk?hmmmm jap fikirkan sejenak...mungkin saya nak menulis mengenai  persahabatan. Semua orang dalam dunia nie mempunyai kawan,walaupun hanyalah seorang. Sebenarnya nak mencari kawan nie bukanlah perkara mudah, kerana adakalanya kawan kita tidak persefahaman dgn kita ataupun mempunyai pemikiran yg berbeza. Kita nak mencari kawan yang sama kepala nie amatlah susah, kerana yelah dalam dunia nie mana ada manusia sama perangai kan, kalu ada amatlah menakutkan...hahahahahaha...tapi kadangkala kita akan jumpa seseorang yg mempunyai pemikiran sama dgn kita tnpa kita sedari. Kawan adalah orang kedua yang dekat dgn kita ketika kita berjauhan dengan family. Kawan jugalah tempat kita meluahkan perasaan ketika kita sedih, or tgh marah, mahupun gembira. Ketika kita berjauhan dengan family, kadangkala kita akan berasa homesick, jadi kawanlah tempat kita boleh hilangkan rasa homesick, kerana itulah kita perlukan kawan yg baik dan memahami kita seperti kita memahami dia. Mencari kawan biarlah bukan pada paras rupa mahupun fizikal dan harta, kerana dalam persahabatan itu tidak penting sama sekali. Apa yang lebih penting dalam persahabatan ialah hati seorang itu, kerana hati itulah yg menentukan sama ada kawan kita itu baik mahupun tidak. Kadangkala kita mempunyai kawan yg talam dua muka dah mcm kuih talam 2 kan, depan kita bukan main baik lagi, tapi belakang kita bukan main mengutuk kita.  Jadi jangalah kita menjadi seperti orang mcm nie, kita bila nak berkawan biarlah ikhlas kerana keikhlasan itu penting...hehehehe. Selain daripada itu, persahabatan juga adalah saling bantu membantu, bukan utk saling menjatuhkan satu sama lain. Perkara ini boleh dilihat especially ketika belajar ataupun masa bekerja. Ketika belajar, kadangkala kawan kita tidak faham sesetengah subjek, jadi sebagai kawan yang prihatin, kita bantulah dia, tak salah pun, share ilmu tak bermakna kita akan hilang ilmu itu utk selama2nya, apa yang saya dapat tahu, makin kita share ilmu makin bertambah ilmu kita dan makin faham kita tentang subject itu. Kalu kita rasa kita kurang faham juga, mungkin kita boleh buat perbincangan tak salah pun, kecuali kita mmg nak belajar sendiri. Kalu kita rasa kita nak belajar sendiri, kita ckp dgn baik2 kata yg kita nak belajar sendiri, kawan kita akan faham kita, kalu tak faham juga, itu x thulah kan...hahahahaha. Selain itu, kita juga bolehlah membantu kawan kita ketika kawan kita dalam susah, dalam erti kata lain, kalau kawan kita perlukan bantuan duit, kita bantulah mereka semampunya kita. Lagipun kawan kita akan faham kita juga kadang2 mempunyai duit yg sedikit, tapi kita bolehlah bantu mereka, meraka akan terima seadanya. Janganlah kita mengungkit kalu kita dah membantu kawan kita, kerana seperti kita tidak ikhlas membantu kawan kita, malah kita seperti ingin menunjuk2. Jadi biarlah kita bntu dengan ikhlas kerana bantuan yg ikhlas 2 lah akan sentiasa kawan kita ingat..hehehehe.Perkara yang balik best adalah apabila kawan kita mempunyai sama pemikiran iaitu gila2. Kalu kawan kita gila2 mmg happening gila, yelah taklah kita akan rasa sunyi jer, tapi akan jadi bising. Pengalaman saya ada bila saya ada kawan yg sekepala, mmg satu rumah 2 riuh, kerana setiap orang ada cerita yang utk diketawakan dan utk dikongsikan. Dan setiap orang ada lawak yg tersendiri, dimana boleh berlarutan hingga lewat malam. Perkara nie menjadikan kita akan cerita dan kadang2 boleh jadi cete out of topic...hahahaha...Perkara best bila kita bercerita dgn kawan adalah bila bab2 kita menyukai someone, ia akan penuh dgn idea dan detektif..hahahahaha. Selain daripada itu, politik dan kawan janganlah dicampur adukkan, kerana politik kita boleh bergaduh dgn kawan baik kita sendiri. Tak kiralah kawan kita nak sokong parti apa pun, kerana kita berkawan bukan sbb kerana politik. Kadangkala ada sesetengah dari kawan kita suka mencampur adukkan politik dalam persahabatan, seperti mereka2 nie suka melihat ada sedikit perselisihan faham antara kawan2 yg lain. Janganlah kita nak jadi mcm 2, sbb kalu kita argue pun,bukan kita dapat apa2 pun, politik still politik, nothing change that, tapi kawan bila dah berubah, mmg kita xkan dapat orang yg sama, walaupun kita berbaik dgn dia smula. Jadi kalu nak ckap mengenai isu semasa bagus, tapi janganlah mengikut emosi, especially perempuan...hehehehe...Persahabatan juga bukan diukur dengan agama, kita bebas berkawan dgn sesiapa sahaja, janji kawan kita itu tidak mengajar kita berbuat perkara tidak baik. Tetapi selalunya kawan kita yang lain agama nielah adakalanya yg mengingati kita perkara2 yang kita x boleh buat..betul x?hehehehehe...itu jelah setakat nie, next time kalu ada lagi saya akan update...rasanya dah ckup bnyak saya menulis disini.apa2 pun jagalah persahabatan kita dgn kawan2 kita..hehehehe...ok, bye...:)

Apa yg saya rasa terhadap orang yg GEDIK!!!

Assalamualaikum dan selamat malam,
Oh yeah, hari nie hujan turun, alhamdulillah sejuk sikit, yelah dari panas kan. Dan sekrang pun musim orang sakit, mostly batuk, yelah skrang musim panas terik dan lepas 2 kadang2 sejuk,itulah menjadikan bnyak orang kena batuk dan selsema. Sebenarnya takdelah saya nak tulis pasal cuaca, tapi mengenai benda lain..hehehe..Tajuk kali nie, mengenai pasal perempuan yg mempunyai sifat gedik or selalu orang cakap "BIMBO" Terfikir juga saya macam mana orang boleh jadi bimbo or gedik, sedangkan dari kecik ckp bahasa biasa jer, bila dh besar boleh jadi gedik. Kalu setakat main2 tu,boleh faham,tapi nie amatlah over tersangat, bagi sayalah. Yang saya nampak pada orang yg gedik nie ialah pertama mereka suka ckp ada slang, and saya tak thu what kind of slang that they used,oh my my..hahahahahaha. Bila bercakap nak ada slang and sometimes it look funny, kerana ada yg nak buat slang british. For information, kita nie ddk kat malaysia, dan ckp pun bahasa melayu, it's okay kalu nak ckp bahasa english, tak salah dan bagus sbb yelah bercakap bahasa english bukanlah satu benda yang smua orang akan buat, tapi siap nak berslang 2 saya rasa itu sama sekali x betul..hahahaha. Nak cakap, ckp biasa2lah, orang pun takpe, nie nak slang2 apalah kejadahnyer...hahahahaha..Yang kedua apa saya nampak pada orang gedik a.k.a Bimbo nie ialah, membesarkan benda yang kecik, contohnya apa yang saya tgk pada hari nie, pasal make up jer, konon2nya salah sorang participant tiru gaya make up dia..HELLLOOOO...make up 2 taklah cantik mana pun, kalu dia tiru hanya 2 line, apa masalahnyer, bukannya sama warna,sama style,just LINE..tgk benda2 yang kecik nie pun nak jadikan masalah, dan paling kelakar statement ornag 2 adalah, "Even she the best, but still i'm first"..deeee,.haih tak mengerti langsung dgn perempuan jenis nie,just because of make up, it make such a big deal...mgkin sbb dia rasa dia yg mulakan dlu,so orang lain tak boleh tiru,nnt takdelah orang puji dia..hahahahaha...Sebenarnya saya ada nak tulis something, tapi saya lupalah pulak apa point yang saya nak tulis..hahahaha..nampak x betapa penyanyuknyer saya nie. Takpelah nnt saya tulis bnyak2 jadi perkara tak baik lak kan, hehehehe. Tapi apa2 pun nie pandangan saya, setiap orang ada pandangan sendiri..hehehe..that's all yg saya nak tuliskan...hehehe..ok bye...:D

Saturday, 25 May 2013

Nilai murni dalam cete FF6

Assalamualaikum dan selamat pagi
Waktu saya menulis blog nie ketika saya tidak boleh tido, dan terfikir utk menulis sesuatu yg saya rasa boleh disharekan..hehehehe...apa yg saya terfikirkan adalah saya baru jer menonton cete "Fast & Furious 6" dan actually cete 2 bnyak jugalah amalan murni dimana kita boleh contohi. Dia bukan sahaja cete aksi, tapi menekankan amalan2 yang baik. Apa yang saya nampak dalam cete nie,adalah walaupun mereka kaya, tapi mereka tidak menggunakan utk enjoy, malah ada yg ingin membantu orang lain, ada yg utk family dan ada yg   digunakan utk merancang kehidupan mereka selepas itu. Disini dapat juga melihat, yg walaupun mereka mempunyai wang yg bnyk, tetapi dia tidak menunjukkan ciri2 orang yg bongkak mahupun sombong, dimana mereka hanya menggunakan pakaian seperti orang lain. Walaupun kita semua tahu yg kereta2 mereka guna 2 amat mahal, tapi itu tidak melambangkan mereka utk sombong diatas jalanan. Itu apa yg saya nampak dalam cete tu,bagus pada orang yg suka menunjuk2 2,tgklah cete nie,walaupun kereta mahal, duit bnyak, tapi still rendah diri, dan hidup seperti orang biasa. Yang kedua, apa yg boleh saya nampak dalam cete nie,adalah sifat kekeluargaan. Dimana mereka tidak pernah rasa perbezaan kerana apa sahaja yg mereka buat, sentiasa mereka akan berkata "we are family". Disitu boleh menampakkan bahawa, susah senang, mesti bersatu. Yang ketiga apa yang saya nampak dalam cete nie, adalah sifat persahabatan. Dimana mereka boleh bekerja sama tnpa ada masalah komunikasi.Dan yg bagusnya bila salah satu menghadapi masalah, yg kawan lain akan membantu. Memang cerita nie menunjukkan bahawa kita xboleh utk jadi self-fish bila kita kerja berkumpulan, kerana setiap ahli dalam kumpulan itu saling memerlukan pertolongan dan saling bantu membantu. oh ya, lagi satu yang saya nampak dalam cerita nie adalah sifat kesetiaan, dimana mereka setia dengan pasangan mereka,tak kira jauh mahupun dekat.Ini bagus, kerana walaupun kita akan berhadapan dengan pelbagai orang, kalu kita setia semua perkara tidak akan jadi masalah.
Inilah nilai2 murni yg saya nampak dalam cerita nie. Ini pandangan saya, mungkin pandangan orang lain berbeza. Tapi is a good movie to watch, sbb dia takdelah menunjukkan keganasan yg terlampau kan, its normal setiap negara ada penjenayah yg TOP case..hehehehe...Akhir kata dari saya, yg baik itu kita ambik yg buruk itu kita put aside lah kan, akanlah kita nak tiru dorang lumba haram 2 kan, yelah satu membahayakan nyawa orang lain, kedua tak membawa apa2 benefit  pun, ketiga buat bazir duit,jadi janga tiru yg buruk 2,yg baik itu kita contohi.That's all apa yg saya ingin tuliskan...have fun day...bye..:)

Friday, 24 May 2013

Business suka..suka :)

Assalamualaikum
Dah lama saya tak tulis kat blog nie, yelah konon-kononnya membusykan diri..hehehe..Apa yang hari nie saya ingin tulis adalah saya mencuba menjual perfume "Victoria Secret" dan "Bath&Body work", sementara saya duduk kat rumah, nak cuba2lah menjual. Lagipun sekurang2nya saya adalah juga benda nak buat dari takde kan, lagipun mak dan kakak saya tolong menjualkan juga. Dan apa yg bagusnya, mak dan kakak saya yg bnyak bawa customer, saya tukang order jer...hahahaha. Cuma apa saya pelajari dari membuat business nie, ialah kita kenalah sabar, lagi2 permulaan, sama seperti ayah saya selalu ckp, kalu kita nak buat business kita kenalah merasakan dahulu susahnya, dan barulah kita akan rasa kesenangan ygn "UMPPH"hehehehe. Lagipun kalu saya nak buat business apa yg perlu saya belajar adalah, bermula dari bawah dahulu. Sekarang saya kenalah perlahan2 mencari orang yg ingin membeli , biar lambat asalkan berjalan juga business 2...hehehehe.Lagipun buat business nie mmg perlu ada kesabaran, yelah bukan setiap hari,setiap jam ada orang akan membeli,mestilah satu hari 1 orang itupun terpulang pada orang. Kadangkala orang just nak thu harga dlu, bau mcm mana, so kenalah explain..hehehehehe.Cuma sekarang nie ialah saya ingat nak buat blog utk business 2 cuma yelah tunggu biar stabil dlu baru saya akan buat, lagipun kalu buat,business tak gerak pun ssh kan, kena buat bila business dah stabil dan berjaya dia mata orang.hehehe.Selain dari business perfume 2 mugkin saya jual barang2 lain yelah cuba2..hehehehe.Mencuba pelbaagai produk, mengisi msa lapang yg menjadi penanam anggur dirumah..hehehe..apa2 pun itu jerlah saya ingin tulis utk hari nie.Have a good day..:) bye

Saturday, 4 May 2013

Penyesalan...

Assalamualaikum, dah lama tak update kat blog nie...nak tulis tapi idea takde, mcm mana tu..hehehehe...oh apa yang saya menyesal adalah saya follow one bloggers kat sini, sorry kalu dia baca dan terasa. Pada pertama kalinya baca blog dia best, sbb penuh dengan info yang mungkin jarang saya tahu, or mungkin saya jenis yang kurang alert dgn keadaan sekeliling. Tapi apa yang dapat tengok penulisan dia semakin berbeza berbanding apa yang saya telah baca, ataupun saya tak berapa update dgn penulisan dia yang terbaru nie, tapi nak kata tak update, ada je tgk dia buat penulisan baru, mungkin makin naik tahun makin berubah kot cara penulisan dia..sorry en.bloggers. Nak delete tak boleh,so kena hadap jerlah cete dia yang whatever tu...takpelah cara pemikiran dia mcm 2,yelah fakta dia dapat 2 tak thulah dari mana2 web ker or just dia create sendiri..takpelah skrang pun orang smua buat rujukan kat internetkan..apa dia ckp 2 mgkin boleh merubah generasi muda yg mgkin kurang tahu mana yang fakta dan mana yang auta..Lagipun skrang nie dalam dunia bnyak yang auta, dan sedikit saja yang fakta. Hopefully apa yg dia tulis itu smuanya faktalah, jangan kerana sbb emosi atau sebab itu pendapat dia..yelah skrang nie smua orang boleh bagi pendapat, tapi itu bukanlah fakta yang boleh kita percaya 100%. Sampai sini jer apa  yang saya nak tulis, kan tulis lebih2 nanti jadi x baik, dan nie apa yang saya rasa...sbb manusia nie ada yang suka dan tak suka,kan..hehehehe..bye..:)