Search This Blog

Sunday, 25 August 2013

Tuah

Assalamualaikum dan selamat malam
Hari nie saya nak tulis mengenai tuah. Walaupun tuah 2 ada definisi yg tersendiri dan tepat, tapi bagi sayalah apa yg saya faham tentang tuah ialah mengenai nasib seseorang tentang sesuatu perkara, tak kiralah mengenai sakit ke, duit ke, pelajaran ke, kerja ke dan apa2 jerlah. Tuah nie dalam bahasa inggeris orang suka ckp "lucky",baru nampak comel sikit...hehehehhee.Sebenarnya tuah orang nie takde sape yang tahu, bak kata pepatah "tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tak thu lagi" mcm 2 lah..."kalu salah saya punya peribahasa nie tolong betulkan"..hehehehe, dan ada betul kata pepatah nie, kerana kita sendiri tidak thu tuah kita kan. Bagi saya, tuah tidak berlaku sepanjang masa, ada kalanya kita tidaklah bertuah seperti orang lain. Saya menulis nie, kerana saya terlihat perkara nie berlaku di sekeliling saya sendiri, menjadikan saya percaya tuah itu sentiasa ada pada setiap manusia. Cuma kadangkala kita tidak begitu sedar apabila ia berlaku. apa yg saya lihat, adalah kawan saya sendiri, result belajar dia di uni lebih hebat dari saya, tpi takdelah orang kata 1st class honor, dan selalunya akan terfikir mcm mana nak kerja nanti, kerana orang selalu ckp zaman sekarang nie lebih fokus pada pointer, kalu pointer hebat bnyak company akan panggil,kalu setakat mcm saya nie mmg payah sikit nak dapat keje, tapi mmg mgkin nie rezeki dia dan tuah dia, dia sekarang dah bekerja di salah satu company yg terkenal di malaysia. Ada kawan saya yang mendapat 1st class honor still mencari keje, bila saya tengok keadaan nie kadang2 kita x boleh bergantung sangat pada apa yg kita ada, sbb adakalanya berdoa dan berusaha juga adalah pintu utk kita berjaya. Walaupun saya sendiri, percaya pada tuah, kerana bak saya ckp saya takdelah budak pandai sangat, nak banggakan result 2 mmg harapan tinggal kenangan...hahahahaha, tapi mendapt keje di satu company yg ternama juga adalah satu rezeki dan tuah kerana saya tidak pernah menyangka saya akan dapat di situ,yelah company besar,akanlah nak pndang result cincai boncai nie...hahahahaha.Jadi kita jangan pernah rasa x pernah ada nasib bertuah, kerana tuah nie akan datang bila kita berusaha,sabar, pasti muncul juga. Macam orang bercinta, mgkin kita dah lama aim seseorang,tapi kita takut utk luahkan isi hati kita, kerana takut kerana reject lah, dimalukan lah, tapi orang kata kalu hari 2 tuah kita, kita boleh dapat orang yg kita minat 2, tapi kesabaran orang yg menunggu 2 berapa lama kan..hehehehe...tapi tak all the time kita akan bertuah,adakalanya kita akan jadi tidak bertuah, tapi itu adalah satu dugaan utk kita juga, bagi kita sedar dimana kita berpijak,kalu asyik tuah jer, bila lak kita nak rasa jadi unlucky kan...hehehehehe...itulah jelah saya nak tulis,walaupun tak penuh dgn info, tapi saya dapat kongsikan sikit jer apa yg saya rasa..hehehehe..ok bye

Tuesday, 18 June 2013

"YELAH"

Assalamualaikum
Saya tulis nie sbb saya sedar, dalam penulisan saya dalam blog nie bnyak mengunakkan ayat "yelah"..adakah saya nie jenis menyambungkan ayat dgn yelah...hahahahaha...apalah saya nie penggunaan bahasa pun limit, saya buat mcm saya tengah bercakap dgn seseorang, haih mmglah xbolehkan...hahahaha..adoiii "Bahasa Jiwa Bangsa" saya nie tak terapkan slogan itu betullah dalam hati, itulah bahasa kucar kacir...takpe kali nie mgkin boleh mengurangkan penggunaan perkataan "yelah". Yelah nie mcm saya mengiakan apa yang saya cakap, itulah maksudnya. Kalu orang lain baca mesti gelak gile,dahlah bahasa kucar kacir, perkataan repeated "yelah" terlalu bnyak...hahahaha..saya akan cuba kurangkanlah kalu boleh dan saya ingat,nasib baik tgk balik blog2 yg lepas,rasa kelakar jer ayat2 yg digunakan...hahahaha...itu jerlah yg saya ingin tuliskan, have fun dgn apa yg korang lakukan..selamat malam
Assalamualaikum..:)

Meminati seseorang

Pernah tak anda semua meminati orang seseorang itu?hehehe..mesti pernahkan, walaupun ia hanyalah sementara, tapi impak dia amatlah besar. Saya sendiri pun mengalami perkara nie,dah impak dia mmg hebat sehingga skrang. Perkara seperti ini kita tidak dapat elakkan kerana ia terjadi tanpa kita sedari. Perkara nie boleh terjadi dalam sekilas pandang sahaja, tanpa kita sedari. Walaupun orang itu hanya berjalan sahaja, tanpa senyum, or tnpa melakukan apa2, kita tiba2 boleh rasa wow orang nie ada aura...hahahahaha...itulah bila saya pandang crush saya pada pertama kali. Bila kita ada perasaan kat orang 2, kita rasa seperti kita diawang-awangan. Bila kita dalam keadaan sedih, or bad mood, or tgh mood down,nampak jer orang yg kita minat, pasti mood itu akan berubah ke happy or excited. Betapa hebatnya apabila kita meminati seseorang itu boleh merubah mood kita serta merta walaupun kita dalam keadaan apa pun. Itulah orang cakap kuasa cinta tnpa kita tahu. Crush tak semestinya kita mesti nampak orang itu, kadangkala ia terjadi apabila kita mengenali seseorang itu melalui internet. Sekarang nie kita ada facebook, twoo, tagged, lovetime, yahoo messager, skype, icq dan sebagainya, apabila kita berkenalan dgn orang dalam internet kita, kadangkala membawa kepada perasaan cinta. Walaupun kita cuba mengelak, kadangkala bila perasaan suka itu menjelma kita tidak dapat menghalangnyer, walau kita tidak pernah tahu rupanya bagaimana. Sesetengah orang cakap rupa semua itu tak penting,janji hati kita suka, tapi still kita kena thu kan orang yg kita suka itu dah berpunya or tidak,biasalah dalam internet everything can happen..hehehehe.Tapi apa yang saya perasanlah kan bila kita meminati someone 2, kita akan rasa bahagia sangat, rasa  tak sabar2 nak tgk dia esok hari, rasa seperti mahu berborak2 dgn dia, dan apabila kita dapat melihat dia kita akan tersenyum dgn sendirinya. Korang sedar x bila orang yg kita minat 2 berada dekat dengan kita, kita akan rasa dengupan jantung 2 laju jer, sedangkan dia buat apa pun...hehehehehe...Miracle bila kita suka pada seseorang itu, walaupun kita tidak dapat orang itu, tapi kita still boleh rasa gembira. Apa2 pun janganlah kita merampas hak orang lain, mcm mana pun kita suka dia, mungkin ada sebab kenapa kita x boleh jadi kekasih dia. Jadi Kalu kita suka mcm mana pun seseorang itu,kita kena terima dia kalu dia sudah berpunya, ataupun si dia menolak cinta ikhlas dari hati kita...hehehehe..tak perlu guna ilmu hitam utk menarik orang, kerana cinta itu tidak akan menjadi ikhlas dan x menjadi indah. Bila kita meminati seseorang itu, apa risiko yg kita kena berhadapan adalah, si dia sudah berpunya, si dia menolak cinta kita, kita hanya berangan sahaja kerana kemungkinan si dia tidak tahu, kita syok sendiri atau apa jerlah kan, itulah risiko kita kena berhadapan, tapi apa2 pun setiap orang akan jumpa juga dgn prince charming masing..;) Kita hanya perlu bersabar menanti cinta sejati kita datang, sekarang nie bak kata saya nak cuci mata oklah, nnti kalu munculnya jodoh kita, haa time 2 lah setia...hehehehe.Bagus pada seseorang yg berani utk meluahkan rasa suka dia pada orang yg dia minati, kerana itu perlukan kekuatan hati dan itu bermakna orang itu boleh terima apa sahaja kemungkinan.Tapi saya salute dgn orang yg ada keberanian seperti itu,yelah bila nak buat kita akan rasa nervous giler babas lah...hahahahaha..ia bagus juga kerana kita dapat mengurangkan rasa yg berat kat hati nie, atleast kita dah berithu, terpulang pada orang itu sendiri utk menentukannya mcm mana..apa2 pun kita still boleh meminati orang,tapi kenalah tahu batas2nya,janganlah lebih2 lak,sbb kita nak keikhlasan bukannya paksaan..so happy for you all yg dah dapat your dream guy...hehehehe...bye..

Saturday, 8 June 2013

Single...

Assalamualaikum dan selamat pagi..
Hari nie saya dapat idea nak tulis mengenai apa..hehehe...Saya menulis nie pun sbb yelah apa yang saya alami,mungkin ada orang kat luar sana pernah experience hebat lagi dari saya, jadi nie mcm perkongsian cerita dari saya..hehehe..Apa yang saya ingin tuliskan ialah mengenai being single ataupun in relationship. Kedua2nya mempunyai kebaikan dan mungkin sedikit sahaja keburukanlah kan,bagi saya, apa yg saya ingin kongsikan ialah apabila menjadi single. Actually best jadi single nie,sbb kita xde perlu risau pasal orang lain, means kalu ada bf,kita kena berithu dia yg kita nak keluar dgn saper dan kat mana, dan jadi single nie seperti freedom, kita nak buat apa saja, kita just minta permission dari parents sahaja. Selain daripada itu jadi single nie, kita ada masa bnyak spent utk family dan kawan, bukannya saya cakap kalu dah in relationship kita xde masa, tapi yelah bila dah couple nie,bnyak masa di spent utk bf..betul x?hehehehe..tapi x semua orang mcm 2 kan..hehehehe...Cuma bila jadi single nie, apa yg kita perlu hadapi ialah kita kadangkala kena sendiri, tak semestinya kawan kita boleh available everyday and time right...so kadang kala kita kena sendiri bila kita berjalan or pergi mana sahaja. Saya mengalaminya, apabila saya tidak ada kawan, jadinya saya pergi sendiri, contohnya pada majlis perkahwinan kawan saya, rasa mcm lone ranger betul, bila kita duduk sendiri, pastu orang sekeliling tgk lain jer,bagi sayalah takde masalah, cuma rasa janggal lah sbb yelah makan sendiri,pastu orang sekeliling berfamily...hehehehehe..Selain daripada itu juga, saya bila berjalan,kalu takde kawan jalanlah sendiri, kadang2 rasa mcm alangkah bestnya bila ada bf...itulah akan terjadi...hahahahahaha..cuma bila tidak terlalu fikirkan sangat, jadi mcm its okay, jalan sendiri pun bukan masalah kan, janji kita tahu apa tujuan kita ke sana. Pernah saya pegi tgk movie sendiri, dan orang dalam wayang tgk saya seperti pelik, yelah dgn beg2 plastik yg bnyak 2, pastu masuk wayang sendiri, tapi nasib baiknya wayang tak full manalah, so taklah rasa pelik mana kan, accept kalu ddk kat couple sit lah kan, tapi best apa sbb boleh baring2, ddk boleh gerak2 sikit...hahahahaha. Cuma bagi sayalah bila jadi single nie apa yg perlu kita buat ialah kita tahu apa kita buat, janganlah kita bila orang pandang jer, kita dah rasa nie lah x best nie takde bf/gf, orang tgk lain macm jer..kadangkala orang tgk kita 2 mgkin dia rasa kesiannya budak nie ddk sendiri, or mgkin dorang fikir nie mesti tunggu bf/gf dia nie...kann..so biarkan apa orang nak pandang,sbb mmg manusia nie jenis suka tgk orang bila jalan sendiri ker, ddk sendiri ker,mcm pelik...hahahahahha Jadi single nie yg bestnya ialah kita bebas utk beli or buat apa sahaja kita suka, means family pun setujulah dgn apa kita buat 2 kan, kita x perlu nak fikir,eh nnti dia suka x kalu aku pakai baju warna nie, eh nanti dia kata apa pulak dgn style aku nie, smua 2 x perlu fikir, sbb kalu kita keluar dgn kawan2,kalu kawan kita condem kita,xlah rasa apa pun..kita akan rasa sebagai gurauan, tapi bila ada couple nie, kita akan jadi kecik hati, kerana seperti pasangan kita tidak menghargai apa yg kita buat utk dia.Itu dah boleh jadi isu lain lak..Jadi single nie tak perlu risau semua 2..walaupun pun begitu, kita akan rasa sunyi sangat,percayalah..sbb bila kita jalan dgn kawan2 or adik beradik yg ada pasangan nie,kita akan rasa bahagianya kita kalu ada pasangan juga, cuma yelah bak kata orang jodoh x muncul lagi nak buat mcm mana kan. Bila single nie bila kita bosan,nak text saper pun kita x tahu, yelah walaupun kita ada kawan, tapi kawan kita mgkin nak berborak dgn ahli keluarga mereke ataupun dgn pasangan mereka kan. Jadi kita akan jadi lone ranger..hahahahaha..Single nie, kalu gna topup yg boleh tahan sampai 3 bulan ker yg ada mcm maxis beberapa tahun baru tamat tempoh, mmg tahanlah topup 2, sbb orang single nie jarang gna phone, paling2 call family, kawan, itu pun jarang-jarang. Macam saya, bila isi topup time gna phone biasa rm10 boleh tahan lama sangat, sbb nak call saper jer, time belajar call family dan kawan, itupun sbb nak tnya kat mana, nak pergi mana..itu jerlah. Betapa untungnya, boleh save duit, tapi bila couple mmg kena gna line,kalu gna topup sekejap jer,sehari pun dah boleh habis, unless ada smartphone, tapi zaman sekarang nie smua orang gna smartphone, takde gna phone biasa2...hehehehehe...bolehlah save kredit sbb gna whatsaap, line, wechat, viber, dan apa jerlah,saya pun kurang pasti, nie utk yg masih belajarlah. Kalu yg dah keje itu x perlu risau, kalu mereka dapat manage duit dgn baik,maybe itu bukan satu masalah,tapi kalu x dapat masalah besar 2..sbb call nie mahal cost dia...hehehehehe...tapi kalu dah bercouple, semua itu tiada masalah...hahahahaha. Jadi kepada yg single kat luar sana, sama seperti saya, one day kita akan dapat prince charming kita, cuma cepat atau lambat 2 jer yg kita tak tahu.Selagi single nie enjoylah puas2 bila dapat enjoy,sbb time mcm nie kita akan rasa,oh takde orang akan ckp kat mana, dgn saper,beli apa, naik apa, sbb just kita dan familylah yg akan deal sama2, cuma kita akan berhadapan dengan rasa sunyi..betul sunyi dia 2 rasa mcm kadang2 pun terfikir kenapa kita xde pasangan mcm orang lain. Sbb bila ada pasangan nie atlest kita adalah juga kawan berborak kan,walaupun hanya sedikit...hehehehehe..tapi apa2 pun semua itukan Allah S.W.T tentukan, jadi sebagai umatnya kita berdoa supaya dipertemukan jodoh kita dgn orang yg baik..amin...hehehehe..itu jerlah yang ingin saya tulis, kalu ada salah dan silap minta maaf..hehehehe

Monday, 27 May 2013

Persahabatan

Assalamualaikum dan selamat malam.
Hmm hari nie saya nak tulis mengenai apa erk?hmmmm jap fikirkan sejenak...mungkin saya nak menulis mengenai  persahabatan. Semua orang dalam dunia nie mempunyai kawan,walaupun hanyalah seorang. Sebenarnya nak mencari kawan nie bukanlah perkara mudah, kerana adakalanya kawan kita tidak persefahaman dgn kita ataupun mempunyai pemikiran yg berbeza. Kita nak mencari kawan yang sama kepala nie amatlah susah, kerana yelah dalam dunia nie mana ada manusia sama perangai kan, kalu ada amatlah menakutkan...hahahahahaha...tapi kadangkala kita akan jumpa seseorang yg mempunyai pemikiran sama dgn kita tnpa kita sedari. Kawan adalah orang kedua yang dekat dgn kita ketika kita berjauhan dengan family. Kawan jugalah tempat kita meluahkan perasaan ketika kita sedih, or tgh marah, mahupun gembira. Ketika kita berjauhan dengan family, kadangkala kita akan berasa homesick, jadi kawanlah tempat kita boleh hilangkan rasa homesick, kerana itulah kita perlukan kawan yg baik dan memahami kita seperti kita memahami dia. Mencari kawan biarlah bukan pada paras rupa mahupun fizikal dan harta, kerana dalam persahabatan itu tidak penting sama sekali. Apa yang lebih penting dalam persahabatan ialah hati seorang itu, kerana hati itulah yg menentukan sama ada kawan kita itu baik mahupun tidak. Kadangkala kita mempunyai kawan yg talam dua muka dah mcm kuih talam 2 kan, depan kita bukan main baik lagi, tapi belakang kita bukan main mengutuk kita.  Jadi jangalah kita menjadi seperti orang mcm nie, kita bila nak berkawan biarlah ikhlas kerana keikhlasan itu penting...hehehehe. Selain daripada itu, persahabatan juga adalah saling bantu membantu, bukan utk saling menjatuhkan satu sama lain. Perkara ini boleh dilihat especially ketika belajar ataupun masa bekerja. Ketika belajar, kadangkala kawan kita tidak faham sesetengah subjek, jadi sebagai kawan yang prihatin, kita bantulah dia, tak salah pun, share ilmu tak bermakna kita akan hilang ilmu itu utk selama2nya, apa yang saya dapat tahu, makin kita share ilmu makin bertambah ilmu kita dan makin faham kita tentang subject itu. Kalu kita rasa kita kurang faham juga, mungkin kita boleh buat perbincangan tak salah pun, kecuali kita mmg nak belajar sendiri. Kalu kita rasa kita nak belajar sendiri, kita ckp dgn baik2 kata yg kita nak belajar sendiri, kawan kita akan faham kita, kalu tak faham juga, itu x thulah kan...hahahahaha. Selain itu, kita juga bolehlah membantu kawan kita ketika kawan kita dalam susah, dalam erti kata lain, kalau kawan kita perlukan bantuan duit, kita bantulah mereka semampunya kita. Lagipun kawan kita akan faham kita juga kadang2 mempunyai duit yg sedikit, tapi kita bolehlah bantu mereka, meraka akan terima seadanya. Janganlah kita mengungkit kalu kita dah membantu kawan kita, kerana seperti kita tidak ikhlas membantu kawan kita, malah kita seperti ingin menunjuk2. Jadi biarlah kita bntu dengan ikhlas kerana bantuan yg ikhlas 2 lah akan sentiasa kawan kita ingat..hehehehe.Perkara yang balik best adalah apabila kawan kita mempunyai sama pemikiran iaitu gila2. Kalu kawan kita gila2 mmg happening gila, yelah taklah kita akan rasa sunyi jer, tapi akan jadi bising. Pengalaman saya ada bila saya ada kawan yg sekepala, mmg satu rumah 2 riuh, kerana setiap orang ada cerita yang utk diketawakan dan utk dikongsikan. Dan setiap orang ada lawak yg tersendiri, dimana boleh berlarutan hingga lewat malam. Perkara nie menjadikan kita akan cerita dan kadang2 boleh jadi cete out of topic...hahahaha...Perkara best bila kita bercerita dgn kawan adalah bila bab2 kita menyukai someone, ia akan penuh dgn idea dan detektif..hahahahaha. Selain daripada itu, politik dan kawan janganlah dicampur adukkan, kerana politik kita boleh bergaduh dgn kawan baik kita sendiri. Tak kiralah kawan kita nak sokong parti apa pun, kerana kita berkawan bukan sbb kerana politik. Kadangkala ada sesetengah dari kawan kita suka mencampur adukkan politik dalam persahabatan, seperti mereka2 nie suka melihat ada sedikit perselisihan faham antara kawan2 yg lain. Janganlah kita nak jadi mcm 2, sbb kalu kita argue pun,bukan kita dapat apa2 pun, politik still politik, nothing change that, tapi kawan bila dah berubah, mmg kita xkan dapat orang yg sama, walaupun kita berbaik dgn dia smula. Jadi kalu nak ckap mengenai isu semasa bagus, tapi janganlah mengikut emosi, especially perempuan...hehehehe...Persahabatan juga bukan diukur dengan agama, kita bebas berkawan dgn sesiapa sahaja, janji kawan kita itu tidak mengajar kita berbuat perkara tidak baik. Tetapi selalunya kawan kita yang lain agama nielah adakalanya yg mengingati kita perkara2 yang kita x boleh buat..betul x?hehehehehe...itu jelah setakat nie, next time kalu ada lagi saya akan update...rasanya dah ckup bnyak saya menulis disini.apa2 pun jagalah persahabatan kita dgn kawan2 kita..hehehehe...ok, bye...:)

Apa yg saya rasa terhadap orang yg GEDIK!!!

Assalamualaikum dan selamat malam,
Oh yeah, hari nie hujan turun, alhamdulillah sejuk sikit, yelah dari panas kan. Dan sekrang pun musim orang sakit, mostly batuk, yelah skrang musim panas terik dan lepas 2 kadang2 sejuk,itulah menjadikan bnyak orang kena batuk dan selsema. Sebenarnya takdelah saya nak tulis pasal cuaca, tapi mengenai benda lain..hehehe..Tajuk kali nie, mengenai pasal perempuan yg mempunyai sifat gedik or selalu orang cakap "BIMBO" Terfikir juga saya macam mana orang boleh jadi bimbo or gedik, sedangkan dari kecik ckp bahasa biasa jer, bila dh besar boleh jadi gedik. Kalu setakat main2 tu,boleh faham,tapi nie amatlah over tersangat, bagi sayalah. Yang saya nampak pada orang yg gedik nie ialah pertama mereka suka ckp ada slang, and saya tak thu what kind of slang that they used,oh my my..hahahahahaha. Bila bercakap nak ada slang and sometimes it look funny, kerana ada yg nak buat slang british. For information, kita nie ddk kat malaysia, dan ckp pun bahasa melayu, it's okay kalu nak ckp bahasa english, tak salah dan bagus sbb yelah bercakap bahasa english bukanlah satu benda yang smua orang akan buat, tapi siap nak berslang 2 saya rasa itu sama sekali x betul..hahahaha. Nak cakap, ckp biasa2lah, orang pun takpe, nie nak slang2 apalah kejadahnyer...hahahahaha..Yang kedua apa saya nampak pada orang gedik a.k.a Bimbo nie ialah, membesarkan benda yang kecik, contohnya apa yang saya tgk pada hari nie, pasal make up jer, konon2nya salah sorang participant tiru gaya make up dia..HELLLOOOO...make up 2 taklah cantik mana pun, kalu dia tiru hanya 2 line, apa masalahnyer, bukannya sama warna,sama style,just LINE..tgk benda2 yang kecik nie pun nak jadikan masalah, dan paling kelakar statement ornag 2 adalah, "Even she the best, but still i'm first"..deeee,.haih tak mengerti langsung dgn perempuan jenis nie,just because of make up, it make such a big deal...mgkin sbb dia rasa dia yg mulakan dlu,so orang lain tak boleh tiru,nnt takdelah orang puji dia..hahahahaha...Sebenarnya saya ada nak tulis something, tapi saya lupalah pulak apa point yang saya nak tulis..hahahaha..nampak x betapa penyanyuknyer saya nie. Takpelah nnt saya tulis bnyak2 jadi perkara tak baik lak kan, hehehehe. Tapi apa2 pun nie pandangan saya, setiap orang ada pandangan sendiri..hehehe..that's all yg saya nak tuliskan...hehehe..ok bye...:D

Saturday, 25 May 2013

Nilai murni dalam cete FF6

Assalamualaikum dan selamat pagi
Waktu saya menulis blog nie ketika saya tidak boleh tido, dan terfikir utk menulis sesuatu yg saya rasa boleh disharekan..hehehehe...apa yg saya terfikirkan adalah saya baru jer menonton cete "Fast & Furious 6" dan actually cete 2 bnyak jugalah amalan murni dimana kita boleh contohi. Dia bukan sahaja cete aksi, tapi menekankan amalan2 yang baik. Apa yang saya nampak dalam cete nie,adalah walaupun mereka kaya, tapi mereka tidak menggunakan utk enjoy, malah ada yg ingin membantu orang lain, ada yg utk family dan ada yg   digunakan utk merancang kehidupan mereka selepas itu. Disini dapat juga melihat, yg walaupun mereka mempunyai wang yg bnyk, tetapi dia tidak menunjukkan ciri2 orang yg bongkak mahupun sombong, dimana mereka hanya menggunakan pakaian seperti orang lain. Walaupun kita semua tahu yg kereta2 mereka guna 2 amat mahal, tapi itu tidak melambangkan mereka utk sombong diatas jalanan. Itu apa yg saya nampak dalam cete tu,bagus pada orang yg suka menunjuk2 2,tgklah cete nie,walaupun kereta mahal, duit bnyak, tapi still rendah diri, dan hidup seperti orang biasa. Yang kedua, apa yg boleh saya nampak dalam cete nie,adalah sifat kekeluargaan. Dimana mereka tidak pernah rasa perbezaan kerana apa sahaja yg mereka buat, sentiasa mereka akan berkata "we are family". Disitu boleh menampakkan bahawa, susah senang, mesti bersatu. Yang ketiga apa yang saya nampak dalam cete nie, adalah sifat persahabatan. Dimana mereka boleh bekerja sama tnpa ada masalah komunikasi.Dan yg bagusnya bila salah satu menghadapi masalah, yg kawan lain akan membantu. Memang cerita nie menunjukkan bahawa kita xboleh utk jadi self-fish bila kita kerja berkumpulan, kerana setiap ahli dalam kumpulan itu saling memerlukan pertolongan dan saling bantu membantu. oh ya, lagi satu yang saya nampak dalam cerita nie adalah sifat kesetiaan, dimana mereka setia dengan pasangan mereka,tak kira jauh mahupun dekat.Ini bagus, kerana walaupun kita akan berhadapan dengan pelbagai orang, kalu kita setia semua perkara tidak akan jadi masalah.
Inilah nilai2 murni yg saya nampak dalam cerita nie. Ini pandangan saya, mungkin pandangan orang lain berbeza. Tapi is a good movie to watch, sbb dia takdelah menunjukkan keganasan yg terlampau kan, its normal setiap negara ada penjenayah yg TOP case..hehehehe...Akhir kata dari saya, yg baik itu kita ambik yg buruk itu kita put aside lah kan, akanlah kita nak tiru dorang lumba haram 2 kan, yelah satu membahayakan nyawa orang lain, kedua tak membawa apa2 benefit  pun, ketiga buat bazir duit,jadi janga tiru yg buruk 2,yg baik itu kita contohi.That's all apa yg saya ingin tuliskan...have fun day...bye..:)